PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA IRBID
( PERMAI )
جمعية الطلبة الماليزيين بمحافظة إربد
MALAYSIAN STUDENTS ASSOCIATION OF IRBID
PENGENALAN
NAMA
Nama rasmi untuk persatuan ini ialah Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid dan singkatannya PERMAI atau Malaysian Students Association of Irbid atau جمعية الطلبة الماليزيين بمحافظة إربد
MOTO DAN LOGO
Moto
‘Bersatu ke Arah Kecemerlangan’
Logo

Tafsiran logo
1. Al-Quran
Melambangkan pedoman dan sumber perundangan para pelajar sebagai hamba Allah.
2. Bendera Malaysia dan Jordan
Melambangkan hubungan erat antara dua buah negara.
3. Daun zaitun
Tumbuhan utama di bumi Jordan dan lambang kebanggaan
masyarakat Jordan yang melambangkan kedamaian.
4. Tahun 1425H dan 2004M
Tahun penubuhan PERMAI
5. PERMAI
6. Warna
Singkatan bagi Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid.
Hijau : Keeratan dan kemantapan ukhuwwah Islamiah sesama ahli PERMAI dan juga masyarakat amnya.
Biru : Kedamaian dan ketenangan.
Merah : Keberanian, kecekalan dan ketabahan dalam menghadapi ujian dan cabaran.
Kuning : Kedaulatan dan ketatasusilaan.
DASAR
Menyatu dan menjaga kebajikan mahasiswa Malaysia Irbid melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
OBJEKTIF
- Melahirkan mahasiswa berilmu, beriman, bertaqwa, berketerampilan, profesional dan cemerlang dari sudut tuntutan semasa dan ukhrawi.
- Mewujud, mengerat dan memantap ikatan dan membajai suasana ukhuwwah Islamiah sesama ahli supaya jauh daripada sebarang sentimen yang merosakkan.
- Berusaha meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik, memantap akhlak dan sahsiah diri ahli serta membentuk minda dan thaqafah yang positif dalam diri ahli melalui program dan aktiviti yang bersesuaian.
- Mengambil berat kebajikan ahli merangkumi hal ehwal kebajikan, penempatan, kesihatan, dan hal ehwal pembelajaran.
- Berperanan sebagai saluran rasmi antara ahli dan pihak-pihak yang berkaitan.
SEJARAH PENUBUHAN
Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid, Jordan (PERMAI, Jordan) merupakan kesinambungan daripada Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Yarmouk (PERMAYA) yang telah wujud sebelum daripada itu.
Setelah kedatangan mahasiswa dalam jurusan perubatan di Jordan University Of Science & Technology (JUST) pada tahun 2001, satu resolusi telah dicapai dalam Mesyuarat Agung terakhir bagi PERMAYA, iaitu pada penghujung tahun 2002, untuk menubuhkan satu persatuan yang dapat menaungi mahasiswa di kedua-dua buah universiti.
Bertitik tolak daripada resolusi tersebut, maka PERMAI telah ditubuhkan, dengan sesi 2003/2004 merupakan sesi pentadbiran yang pertama bagi PERMAI.



