Saturday, December 20, 2014

Melanjutkan Pelajaran Di Jordan!

User Rating:  / 2
PoorBest 

Jordan!Jordan semakin dibanjiri dengan pelajar-pelajar Melayu, menjadikannya negara kedua teramai pelajar Malaysia di Timur Tengah selepas Mesir. Penampilan tokoh agama tersohor Malaysia yang terdiri daripada golongan pemegang ijazah daripada universiti di Jordan dan penghantaran beratus-ratus pelajar tajaan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan pergigian, telah membuka mata ibu bapa untuk turut serta menghantar anak-anak mereka mengutip mutiara ilmu di Bumi Anbiya’ Jordan ini.

 

Kami mahasiswa yang sedang menuntut di Jordan mengalu-alukan kedatangan mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke sini. Diharap agar beberapa siri pengenalan kepada pendidikan tinggi di Jordan yang kami sediakan bakal membantu anda bagi mendapatkan gambaran awal tentang kehidupan pelajar di sini.


Universiti Di Jordan


Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Pengajian Sains (hanya di Jordan University of Science and Technology) :

  • Perubatan dan Pergigian
  • Fizik

Pengajian Syariah Islam :

  • Pengajian Bahasa Arab
  • Usul Fiqh
  • Usuluddin
  • Pendidikan Islam
  • Ekonomi & Perbankan Islam (hanya di Universiti Yarmouk)


Program Berkembar

Terdapat beberapa institusi pendidikan tinggi di Malaysia yang menjalankan program berkembar antara IPT di Malaysia dan IPT di Jordan :

Jordan University Of Science And Technology

  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL) : Program Perubatan (Tahun Pertama di UniKL - Tahun kedua dan seterusnya di JUST)

Universiti Yarmouk

Universiti Mu'tah

Bagi Program KUIS, MARSAH, UNITI dan KISDAR anda perlu menamatkan Diploma Pengajian Islam di institusi terbabit sebelum layak memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Pengajian Syariah Islam di Universiti di Jordan.


Prosedur Permohonan

  • Kementerian Pengajian Tinggi
  • Yayasan Islam Setiap Negeri

Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan pengajian Islam di Mesir, Jordan dan Morocco perlu menghantar permohonan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Borang permohonan perlu diisi dan dihantar kepada kementerian. Kami mengesyorkan kepada anda untuk menghubungi pihak kementerian secara berkala untuk mengetahui perkembangan permohonan di web Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Selain mendapatkan borang di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), borang permohonan juga boleh didapati di yayasan Islam di setiap negeri.

Untuk tahun 2011, Borang Permohonan sudah dikeluarkan! Sila semak laman ini.


Kos Sara Diri Dan Yuran Universiti

Anda boleh menganggar kos sara diri di Jordan dan jumlah yuran universiti anda di sini.


Rujukan Lanjut

Untuk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi :