A+ A A-

'Dunia Islam Pasca Revolusi Arab,Isu dan Masa Depan’


Open TalkDari Muadz bin Jabal berkata: “Saya mendengar Rasululah SAW bersabda:

أَلَا إِنَّ رَحَى الْإِسْلَامِ دَائِرَةٌ ، فَدُورُوا مَعَ الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ ، أَلَا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ ، فَلَا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ ، أَلَا إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لِأَنْفُسِهِمْ مَا لَا يَقْضُونَ لَكُمْ ، إِنْ عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ ، وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْ ” قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، كَيْفَ نَصْنَعُ ؟ قَالَ : ” كَمَا صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ، نُشِرُوا بِالْمَنَاشِيرَ ، وَحُمِلُوا عَلَى الْخَشَبِ ، مَوْتٌ فِي طَاعَةِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنْ حَيَاةٍ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ


“Sesungguhnya roda pengilingan Islam terus berputar, maka hendaklah kalian berputar bersama kitab Allah kemanapun ia berputar. Ketahuilah, sesungguhnya al-Qur’an akan berpisah dengan kekuasaan, maka janganlah kalian memisahkan diri dari Al-Qur’an. Ketahuilah, sesungguhnya akan datang kepada kalian para penguasa yang memutuskan perkara untuk kepentingan diri mereka sendiri dan tidak memutuskannya untuk kepentingan kalian. Jika kalian tidak menaati mereka, niscaya mereka akan membunuh kalian. Namun jika kalian menaati mereka, niscaya mereka akan menyesatkan kalian.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang harus kami lakukan? ”Beliau SAW menjawab, “Lakukanlah sebagaimana hal yang dilakukan oleh para pengikut setia nabi Isa bin Maryam. Mereka digergaji dengan gergaji besir dan disalib di atas sebatang kayu. Mati di atas ketaatan kepada Allah lebih baik daripada hidup dalam kemaksiatan kepada Allah.” (HR. Ath-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Musnad asy-Syamiyin serta Abu Nu’aim al-Asbahani dalam Hilyah al-Awliya’. Imam Al-Haitsami dalam Majma’ az-Zawaid, 5/231, berkata: Perawi Yazid bin Martsad tidak mendengar hadits dari Mu’adz. Perawi Wadhin bin ‘Atha’ dinyatakan tsiqah oleh Ibnu Hibban dan lain-lain. Sementara seluruh perawi lainnya adalah para perawi yang tsiqah)

 


Kepimpinan pincang, kadar rasuah meningkat, hak wanita tertindas, masyarakat diperbodohkan, di manakah keadilan? Suatu persoalan yang berlingkar dalam fikiran-fikiran rakyat yang akhirnya,keadilan cuba dicari dan ditegakkan dengan suatu tindakan yang dinamakan, Revolusi. Kerajaan yang zalim perlu ditumbangkan sebelum pemerintahan kuku besi terus bermaharaja lela mencakar-cakar jiwa rakyat seluruhnya.


Inilah reality dunia Islam sekarang. Revolusi yang telah bermula di Tunisia seawal 1 Januari 2010  yang lalu di Mesir, mula merebak dan berjangkit ke seluruh Negara arab sekitarnya. Ben Ali tumpas,diikuti diktator Husni Mubarak di Mesir dan pemimpin tirani Muammar Gadaffi di Libya dan sekarang kita sedang melihat nasib Basyar Assad, singa yang terus merata-ratah jiwa rakyatnya sendiri.


Kepantasan perluasan isu semasa tentang dunia Islam sekarang tidak menjadi alasan untuk mahasiswa yang sedang tekun menimba ilmu segunung langit untuk mengendahkan isu-isu begini, Ini isu ummah, isu kami, maka dengan itu pihak persatuan pelajar Malaysia Irbid PERMAI telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sebuah open talk yang diberi tajuk ‘Dunia Islam Pasca Revolusi Arab,Isu dan Masa Depan


Open talk ini telah diadakan di Dewan Kuliyyah Tarbiyah di Universiti Yarmouk pada 9 Februari yang lalu seawal jam 6 malam. Dewan kuliyyah tarbiyyah malam itu dibanjiri penduduk PERMAI sehingga ke penghujung pintu untuk menyaksikan para panelis yang hebat terdiri daripada saudara Marwan Bukhari, seorang bekas pelajar Darul Qur’an yang kini menuntut di Universiti Yarmouk dalam bidang fiqh wa usuluhu tahun 1. Selain itu dewan juga turut mengundang 2 orang panelis wanita yang terdiri daripada saudari Hasna Hazni, timbalan PINTAR dan merupakan seorang pelajar Tahun 3 dalam bidang yang sama. Tidak ketinggalan seorang pelajar medik tahun 4 merangkap ketua wanita ISMA Jordan iaitu saudari Nadhirah binti Sahri. Open talk hangat malam itu dikendalikan seorang moderator yang tidak asing lagi iaitu saudara Afiq Mohd Yasim.


Open talk dimulakan dengan sesi soal jawab bersama para panelis dan berikut merupakan antara soalan-soalan dan jawapan yang dikemukakan oleh para panelis:-


Solan moderator kepada panelis : Sesi 1


Panelis: Saudara Marwan


Q: Bagaimana keadaan atau realiti dunia islam sebelum dan selepas revolusi arab


A: Revolusi Islam sebagaimana yang kita tahu bermula seawal bulan Januari 2010 di Tunisia apabila seorang pemuda bernama Mohamed Bouazizi telah yang bekerja sebagai seorang penjual sayur telah mengambil tindakan membakar dirinya sebagai tanda protes kepada kerajaan yang menghalang pekerjaannya.Rentetan dari peristiwa serius ini,Revolusi dilancarkan dan pemimpin Tunisia Ben Ali telah ditumbangkan.


Melarat dari kes ini,sekitar Arab terus dijangkiti wabak revolusi diikuti dengan kejatuhan Husni Mubarak di Mesir,Muammar Gadaffi di Libya dan keadaan yang masih berlarutan di Syria.


Negara-negara islam kebanyakannya ditunjangi oleh Negara arab,maka isu-isu yang berlaku di Negara arab merupakan salah satu refleksi tentang isu dunia islam masa kini.


Dunia islam sudah lama bergelumang dengan keadaan hidup yang penuh dengan revolusi sebelum Arab Spring lagi.Bermula semasa bibit-bibit kejatuhan khalifah Uthamniyah yang diterajui oleh khalifah terakhir islam Sultan Abdul Hamid yang dilantik pada tahun 1876.Di mana khalifah tersebut telah melancarkan satu gerakan Pan-Islamisme yang didukung oleh beberapa tokoh islam yang lain seperti Syeikh Muhammad Abduh.Gerakan ini merupakan satu usaha dalam menyedarkan  umat islam seluruhnya bahawa Islam itu bukan hanya agama ritual semata-mata.Pola kebangkitan rakyat diteruskan dengan kemunculan Imam Hasan Al-Banna  (IHAB) pada tahun 1906 dan penubuhan Ikhwan Muslimin pada 1928.


Pemikiran IHAB telah didukung oleh tokoh-tokoh islam tersohor seperti Syed Qutb, Imam Hasan Al-Hudaibi dan Abu ‘Ala Al-Maududi.


Selain itu kebangkitan rakyat sebelum Arab Spring juga berlaku kesan dari Perang Dunia pertama dan Kedua dimana ketika itu Negara-negara islam telah dipecah-pecahkan di bawah pemerintahan kuasa-kuasa besar seperti British, Itali, Perancis dan sebagainya. Dan bermulalah pasca penjajahan barat terhadap dunia islam.


Berdasarkan analisis, kita boleh dapati bahawa punca revolusi rakyat berpunca dari sikap perdana menteri dan isterinya sendiri yang menyalahgunakan kuasa. Sebagai contoh,Ben Ali mempuntai isteri yang sangat boros dan suka berbelanja sedangkan rakyat Tunisia terus diancam penderitaan dalam kemiskinan.Selain itu,pilihan raya juga tidak telus dengan menyaskikan pencapaian kadar peratus undi kepada pemimpin-pemimpin diktator ini dalam angka yang tidak logik.


Panelis: Nurul Hasna Hazni


Q: Apakah peranan wanita dalam revolsui Arab


A:Ramai orang seringkali mendengar pepatah,apa guna wanita belajar tinggi-tinggi,akhirnya duduk di dapur juga.Pepatah ini sangat signifikan dengan masalah utama wanita-wanita di Negara-negara Arab di mana hak-hak asasi wanita tidak diambil peduli.

 

Negara-negara Arab seringkali berdepan dengan 3 masalah utama iaitu kebebasan politik,sistem pendidikan yang tidak tersusun,dan masalah hak asasi wanita.Dan antara Negara-negara yang mengalami masalah serius dalam hal-hal ini ialah Negara Kuwait,Yaman dan Arab Saudi.Di mana golongan wanita dilarang memandu,tidak boleh melibatkan diri dalam parlimen,tertindas dengan pemerintahan serta ada sesetengah Negara yang langsung tidak membenarkan wanita ke hadapan.


Antara beberapa orang tokoh wanita yang terlibat dalam revolusi Arab adalah Asma Mahfouz di Mesir,Lina Bhen di Tunisia dan Tawakkul Kamal di Yaman.


Peranan wanita dalam gerakan revolusi boleh dilihat seawal tahun 1798 lagi dimana wanita telah membantu dalam gerakan Revolusi Perancis sebagai usaha menjatuhkan sistem pemerintahan monarki di Negara terlibat.


Walau bagaimana,usaha ini dilihat member kesan yang buruk kerana hasilnya kebebasan wanita selepas itu disekat.


Panelis :Nadhirah Sahri


Q:Negara Mesir merupakan salah sebuah Negara Arab yang sangat besar,namun begitu mereka Berjaya melakukan revolsui dengan sangat tersusun.Jadi apakah peranan teknologi terhadap orang Arab sepanjang revolusi berlaku.


A:Berdasarkan kajian,medium-medium seperti You Tube,Twitter,vlog,dan blog memainkan peranan yang sangat penting dalam revolusi ini.Kajian menunjukkan bahawa peratusan pengguna internet dalam kalangan masyarakat Negara islam adalah sangat tinggi. Hal ini menjadi salah satu faktor utama yang membantu dalam usaha menggerakkan rakyat untuk berdemontrasi. Sebagai contoh,asma Mahfouz, seorang tokoh wanita Revolusi mesir telah mengambil inisiatif untuk membuat vlog dalam usaha mencabar keberanian pemuda-pemuda Arab agar turun ke Tahrir Square untuk melancarkan demonstrasi. Selain itu di Tunisia pula merka menggunakan kemudahan skype untuk melakukan perbicangan dalam menyusun atur strategi gerakan revolusi ini.

 

Selain itu,teknologi juga beperanan penting dalam mengancam kuasa pemerintah.Dimana kita boleh melihat bagaimana rakyat Tunisia telah mewujudkan satu akaun twitter palsu yang mempamerkan gambar-gambar menteri-menteri luar tanpa wajah Ben Ali di belakang gambar-gambar tersebut.Usaha ini telah menekan mental pemimpin Tunisia kerana menjadi satu keperluan untuk gambarnya wujud di sebalik setiap gambar menteri-menteri luar Negara beliau.


Selain itu pendedahan yang laju dan bebas melalui penggunaan teknologi juga menjadikan teknolgi sangat-sangat berperanan penting dalam mempermudahkan usaha gerakan revolusi ini.


Soalan moderator kepada panelis : Sesi 2


Panelis : Saudara Marwan Bukhari


Q; Kesan terhadap Negara Arab selepas Revolusi


A:Sebelum Revolusi Arab berlaku,peratusan rasuah dalam dunia islam sangat tinggi.Di mana isu rasuah menyebabkan timbul krisi ekonomi yang akhirnya membawa kepada isu murtad kerana tertekan dengan keadaan hidup,umat  islam menjadi lemah dan menjejaskan system pendidikan yang akhirnya meningkatkan kadar rakyat yang bodoh.Hal ini sebenarnya merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mengekalkan kuasa mereka iaitu dengan memperbodohkan rakyat.

 

Sebagaimana yang pernah dilakukan olah Firaun terhadap rakyatnya,begitulah yang terjadi dalam reality dunia islam sekarang,Kebanyaka usaha-usaha untuk mengislah Negara-negara islam seringkali diberi tekanan yang hebat daripada kerajaan.Hasil dari revolusi,ramai umat islam yang mula berfikir yang peka dengan isu-isu ummah khusunya isu Palestin.


Panelis :Hasna’ Hazni


Q: Bagaimanakah keadaan isu pendidikan di sebalik revolusi yang berlaku?


A: Sebelum revolusi,kita dapat lihat bagaimana kerajaan Mesir berusaha bersungguh-sungguh dalam menyuntik semangat taat dan patuh pada kerajaan seperti memperbanyak perkataan ‘kerajaan’ berbanding perkataan rakyat dalam buku teks sekolah.Sistem pendidikan juga dilihat sangat lemah yang mengakibatkan banyak pengangguran berlaku kerana pendidikan yang tidak berkualiti.Hasil pendidikan yang tidak berkualiti ini menyebabkan Negara-negara Arab gagal menghasilkan modal insane yang cekap dan terdedah dengan system ekonomi Negara.Kewujudan institusi-institusi pengajian tinggi di Negara-negara Arab juga sangat sedikit dengan peratus 0.72 bagi sejuta rakyat.Sedangkan seharusnya sesebuah Negara membangun perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2 atau 6 universiti bagi sejuta rakyat.


Selain itu,berdasarkan sebuah Program Mathematic Test yang pernah diadakan di Negara-negara Arab dimana ujian ini adalah untuk mengukur tahap kecerdikan semua pelajar di dunia,hasil ujian mendapati 70 % mahasiswa Arab lulus dengan hasil hafalan sahaja.


Hal ini menunjukkan bahawa system pendidikan arab hanya berorientasikan hafalan semata-mata,dan system 1 hala di mana guru membaca dan anak-anak murid sekadar melihat buku tekas mereka tanpa memberika respon dalam proses pembelajaran.


Antar factor-faktor isu pendidikan lemah ialah pertama,kuasa pemerintahan yang membekalkan guru-guru tidak terlatih dan perkara ini diakui sendiri oleh Presiden UAE yang mengatakan bahawa pengambilan pekerja adalah sangat susah kerana kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai ‘softskill’

 

Panelis: Nadhirah Sahri


Q : Apakah Nasib Palestin selepas Revolusi?


A: 1.Pembukaan Rafah-sebelum ini Palestin mengalami sekatan ekonomi selama 4 tahun yang sangat dahsyat sehinggakan peperiksaan tidak dapat dibuat kerana masalah kekurangan kertas.Namun,perkembangan positif dapat dilihat selepas berakhirnya revolusi di Mesir,di mana baru-baru ini pada 5 Februari 2 trak tomato telah Berjaya diimport masuk ke dalam Palestin.

2.Persepakatan antara Hamas dan Fatah


Hasil persepakatan ini,beberapa perkara telah dipersetuji untuk menjadi tuntutan iaitu

  1. 1.Mewujudkan sebuah Negara perpaduan
  2. 2.Pilihan raya akan diadakan dalam masa 12 bulan dari sekarang
  3. 3.Mahmoud Abbas akan dilantik sebagai perdana menteri bagi kerajaan perpaduan jika menang pilihanraya.

Dan antara 2 faktor utama yang memberikan keuntungan kepada Palestin

  1. 1.Revolusimenghilangkan sekutu-sekutu Hamas dan Fatah.Hal ini demikian kerana selama ini,Basyar Assad di Syria telah menjadi sekutu utama yang member perlindungan kepada Hamas dan Husni Mubarak pula menjadi sekutu utama Fatah di Mesir.Tekanan dari sekutu-sekutu ini menyebabkan Pakatan Fatah sanggup menembak mati pelarian-pelarian di Palestin yang ingin mara ke Mesir.
  2. 2.Pakatan ini meningkatkan bilangan wang untuk menampung duit rakyat Palestin

3.Kebangkitan aktivis islam

Usai sesi soal jawab antara moderator dan para panelis.Sesi soalan dan lontaran dibuka untuk para hadirin.Terdapat hadirin yang mempertikaikan hujah panelis yang hanya menyatakan kebaikan revolusi tanpa melihat kesan negative rentetan dari peristiwa ini.Selain itu beberapa hadiri menekankan kepentingan pembinaan individu dalam rangka mengubah nasib dunia islam sekarang.Terdapat juga hadirin yang mengemukakakn pandangan bahawa pengislahan Negara perlu diuatamakan untuk mengelakkan sebarang halangan yang menghalang kelancaran proses program-program pembinaan individu.


Open talk ini diakhiri oleh penggulungan oleh setiap panelis dan memperlihatkan bahawa masa depan umat islam terletak pada diri kita sendiri.Perlu muhasabah semula hubungan kita dengan Allah dan manusia,pemantapan aqidah perlu dilakukan kerana kekuatan islam bangkit melalui kekuatan aqidah dan revolusi adalah salah satu cara untuk menegakkan islam.Walaubagaimanapun,perlulah diingatkan agar semua individu mementingkan pembinaan diri secara kolektif dalam mencapai matlamat ini

 

Selain itu panelis juga mengingatkan agar kita kembali kepada islam secara total dan menjadi mahasiswa cakna serta tidak sama sekali mengikut sistem jahiliyyah.

Respons Anda:

Laman Facebook

© MultimediaPERMAI 11/12. All rights reserved.

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel