Keputusan Keseluruhan Acara KARISMA 2012
Category: Laporan Aktiviti Published on Saturday, 14 April 2012 10:39 Written by MultimediaPERMAI

Last Updated on Tuesday, 17 April 2012 15:48
Hits: 337
Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan Kali Ke-6 [PERTAMA]
Category: Laporan Aktiviti Published on Tuesday, 28 February 2012 21:28 Written by MultimediaPERMAI

24 Februari 2012 dan 25 Februari 2012, tarikh bersejarah yang menyaksikan satu lagi pencapaian membanggakan buat pelajar Malaysia di Jordan khususnya warga PERMAI selaku tuan rumah kepada PERTAMA VI.
Relatif dengan kepeningan ummah berkaitan isu ‘Media dan Hiburan’ PERTAMA VI gah tampil berani membawa persoalan, ‘Media Dan Hiburan; Urgensi Dan Cabaran’ dipimpin 3 panelis bergaya, 2 daripadanya diterbangkan dari tanah air, Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, Ustaz Nazrey Johani dan Ustaz Anhar Opir panelis jemputan dari Amman.
Majlis dirasmikan Duta Besar Malaysia ke Jordan Dato' Abdul Malek Abdul Aziz, yang turut menyertai program dari jam 4 petang Jumaat hinggalah malamnya.
Apa yang nyata berkenaan sinergi ketiga-tiga panelis ialah, kebolehan mereka dalam melengkapi satu sama lain dalam memberikan input kepada para peserta. Profesor Madya Dr. Abu Hasan dengan ilmunya yang mendalam berkenaan sastera, media dan hiburan. Penerangan beliau yang mendalam tentang topik menjadikan peserta faham konsep asas media dan hiburan, sejarahnya di tanah air, perkembangannya, pengaruhnya dan pelbagai lagi.
Last Updated on Tuesday, 28 February 2012 21:34
Hits: 556
Read more: Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan Kali Ke-6 [PERTAMA]
Apa itu Akademi Al-Fateh?
Category: Laporan Aktiviti Published on Sunday, 11 December 2011 16:43 Written by MultimediaPERMAI

Akademi al-Fateh 2 membuka tirai pengenalannya pada malam 10 Disember 2011. Melangkah masuk ke Dewan Abu Ain, dapat dilihat muka-muka baru dalam keluarga PERMAI yang masih segar dan berkobar-kobar. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis serta alunan gema wahyu, disertai dengan ucapan dari Pengerusi PINTAR PERMAI, seterusnya ucapan ringkas daripada Presiden PERMAI. Pembentangan "Al-Fateh the Conquerer" daripada Ustaz Ahmad Firdaus bin Kadir berjaya membuat para hadirin mengimbau kembali sejarah Islam yang agung tersebut.
Apakah itu Akademi Al-Fateh?
"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Setelah 800 tahun umat Islam mencuba menakluk Konstantinopel, akhirnya gelaran sebaik-baik pemimpin jatuh kepada Sultan Muhammad Al-Fateh, dan juga tenteranya sebagai sebaik-baik tentera.
Persoalan yang dikemukakan adalah, adakah ianya merupakan kejayaan hasil daripada seorang individu? Tidak sama sekali. Kejayaan ini sememangnya boleh dianalogikan sebagai satu penulisan; yang dimana tidak akan lengkap tanpa setiap baris, setiap kata, mahupun noktah.
Itulah yang ingin diterapkan dalam Akademi Al-Fateh ini, di mana tujuannya untuk membina individu muslim yang dapat menyumbang kepada masyarakat. Masyarakat memberi impak besar dalam membina hidup seseorang individu namun, sejauh mana kita dapat menyumbang kepadanya? Adakah dalam setiap kelompongan dan kekurangan sesuatu masyarakat, kita hanya mampu duduk dan berkata-kata sahaja mengenainya? Sejauh mana kita benar-benar inginkan kejayaan sesuatu masyarakat atau umat?
"Disebabkan itulah, kita menamakannya 'Al-fateh' bukannya 'Sultan Muhammad Al-fateh', kerana penglibatan setiap individu, bukannya Sultan Muhammad Al-Fateh seorang diri", jelas Abdul Hakim Awang Nila, selaku pembentang pada malam itu.
Memetik kata-kata Presiden Permai 2011/12, Muhammad Hidayat Hasni Mad Isa dalam ucapannya malam itu, "Setiap orang dilahirkan pemimpin", "dan paling kurang, pemimpin untuk dirinya sendiri", maka marilah merebut peluang menyertai Akademi Al-Fateh 2!
Daftarkan diri dengan menghubungi:
1) Abdul Hakim bin Awang Nila (Tahun Dua, Perubatan JUST)
2) Najwa Aiman Zakaria (Tahun Tiga, Pergigian JUST)
** Kini terbuka kepada semua pelajar yang baru mendaftar pada sesi 2011, tidak kira tahun pertama, kedua (UniKL) mahupun ketiga (IKIP)
Last Updated on Sunday, 11 December 2011 16:43
Hits: 931
'Dunia Islam Pasca Revolusi Arab,Isu dan Masa Depan’
Category: Laporan Aktiviti Published on Monday, 13 February 2012 16:46 Written by MultimediaPERMAI
Dari Muadz bin Jabal berkata: “Saya mendengar Rasululah SAW bersabda:
أَلَا إِنَّ رَحَى الْإِسْلَامِ دَائِرَةٌ ، فَدُورُوا مَعَ الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ ، أَلَا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ ، فَلَا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ ، أَلَا إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لِأَنْفُسِهِمْ مَا لَا يَقْضُونَ لَكُمْ ، إِنْ عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ ، وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْ ” قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، كَيْفَ نَصْنَعُ ؟ قَالَ : ” كَمَا صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ، نُشِرُوا بِالْمَنَاشِيرَ ، وَحُمِلُوا عَلَى الْخَشَبِ ، مَوْتٌ فِي طَاعَةِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنْ حَيَاةٍ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ “
“Sesungguhnya roda pengilingan Islam terus berputar, maka hendaklah kalian berputar bersama kitab Allah kemanapun ia berputar. Ketahuilah, sesungguhnya al-Qur’an akan berpisah dengan kekuasaan, maka janganlah kalian memisahkan diri dari Al-Qur’an. Ketahuilah, sesungguhnya akan datang kepada kalian para penguasa yang memutuskan perkara untuk kepentingan diri mereka sendiri dan tidak memutuskannya untuk kepentingan kalian. Jika kalian tidak menaati mereka, niscaya mereka akan membunuh kalian. Namun jika kalian menaati mereka, niscaya mereka akan menyesatkan kalian.”
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang harus kami lakukan? ”Beliau SAW menjawab, “Lakukanlah sebagaimana hal yang dilakukan oleh para pengikut setia nabi Isa bin Maryam. Mereka digergaji dengan gergaji besir dan disalib di atas sebatang kayu. Mati di atas ketaatan kepada Allah lebih baik daripada hidup dalam kemaksiatan kepada Allah.” (HR. Ath-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Musnad asy-Syamiyin serta Abu Nu’aim al-Asbahani dalam Hilyah al-Awliya’. Imam Al-Haitsami dalam Majma’ az-Zawaid, 5/231, berkata: Perawi Yazid bin Martsad tidak mendengar hadits dari Mu’adz. Perawi Wadhin bin ‘Atha’ dinyatakan tsiqah oleh Ibnu Hibban dan lain-lain. Sementara seluruh perawi lainnya adalah para perawi yang tsiqah)
Last Updated on Monday, 13 February 2012 16:49
Hits: 734
Read more: 'Dunia Islam Pasca Revolusi Arab,Isu dan Masa Depan’
SEAD : Susah sama dirasai, Senang sama dinikmati.
Category: Laporan Aktiviti Published on Saturday, 12 November 2011 12:26 Written by MultimediaPERMAI

Tanggal 11 November 2011 Dewan Al-Khindi sekali lagi menjadi saksi perhimpunan raksasa ahli PERMAI. Sambutan EidulAdha PERMAI kali ini dilihat mendapat sokongan yang sangat padu daripada semua ahlinya. Pada awalnya, seperti tidak dijangka dewan tersebut bakal dipenuhi, namun inilah impak pertambahan ahli PERMAI. Semuanya mampu bersatu.
Majlis ini telah menyaksikan ucapan-ucapan daripada Pengarah Dewan, Pengarah Ladang, Presiden PERMAI dan Pengarah Education Malaysia Jordan (EMJ) yang turut sudi memeriahkan majlis kami. Ucapan Presiden yang teratur dan diselitkan dengan pelbagai ‘quotes’ telah mendapat perhatian seluruh ahli dewan. Pada hakikatnya, pengorbanan itu satu perkara yang subjektif. Amat salah jika kita hanya memahami maksud pengorbanan bersempena EidulAdha ini. Sesuatu perkara yang indah itu, tidak akan kita dapat tanpa pengorbanan.
Last Updated on Saturday, 12 November 2011 20:31
Hits: 1066
Read more: SEAD : Susah sama dirasai, Senang sama dinikmati.