A+ A A-

Unit Kepenggunaan : Borang Penjualan Tiket Kapal Terbang.


Borang Penjualan Tiket Kapal Terbang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Seiring dengan ucapan Presiden PERMAI, Saudara Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa, pada Mesyuarat Agung PERMAI kali ke -9 yang menyentuh mengenai peranan PERMAI dalam menyelia isu - isu tiket yang dijual oleh ahli PERMAI, pihak JKK Kebajikan dan Keselamatan (JKK KK) PERMAI telah mengambil salah satu inisiatif bagi menguruskan hal mengenai penjualan tiket penerbangan oleh ahli PERMAI dengan menubuhkan satu badan yang dikenali sebagai Badan Kepenggunaan .

 


Penubuhan Badan Kepenggunaan ini adalah salah satu usaha pihak JKK KK untuk membuat seliaan mengenai tiket-tiket penerbangan yang dijual oleh ahli PERMAI. Ini adalah salah satu langkah bagi mengelakkan mana-mana ahli PERMAI menipu dan tertipu dalam proses pembelian tiket penerbangan.

Oleh itu, bagi mana-mana ahli PERMAI yang berminat untuk menjual tiket penerbangan tidak kira sama ada ke Malaysia atau mana-mana destinasi, diwajibkan mengisi borang pendaftaran penjualan tiket yang boleh didapati dalam link di bawah.


Untuk mengisi ruangan "kelulusan oleh", sesiapa yang berkenaan bolehlah merujuk kepada saudara Fauzi Akmal Hamdan,pelajar Yarmouk atau Zuhal Syuwa, pelajar JUST. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

LINK : http://www.mediafire.com/?yd1pieoq4x1vkgs

Respons Anda:

Laman Facebook

© MultimediaPERMAI 11/12. All rights reserved.

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel