Prosedur mendapat rawatan dari pihak yang sepatutnya.
Category: Makluman Published on Saturday, 24 December 2011 06:54 Written by MultimediaPERMAI Hits: 554
Ramai yang mengadu sakit ataupun demam dan sebagainya apabila tibanya musim sejuk. Namun sedar tak sedar, masih ramai lagi antara kita yang bersikap acuh tak acuh terhadap kesihatan diri.
Hakikatnya apabila jatuh sakit, ramai pelajar Malaysia di Irbid lebih suka mengambil pendekatan ‘self-treatment’ berbanding pergi berjumpa doktor untuk mengetahui masalah sebenar. Paling tidak pun pasti ada segelintir daripada kita yang akan meminta consultant dari rakan-rakan pelajar perubatan JUST. Mengapa begini?
Antara sebab yang diberikan segelintir pelajar, mereka tidak mendapatkan rawatan dari pihak yang sepatutnya adalah kerana mereka tidak tahu macam mana proses ataupun cara untuk mendapatkan rawatan. Justeru itu,di bawah dinyatakan beberapa tempat yang kebiasaannya menjadi tempat pemeriksaan kesihatan pelajar Malaysia di Irbid.
Pelajar Yarmouk
Terdapat beberapa pusat kesihatan yang boleh dirujuk oleh pelajar Universiti Yarmouk.
1.Markas Sihhi Universiti Yarmouk
- - Terletak di kuliah syariah di dalam kawasan universiti sendiri.
- - Pelajar perlu membawa kad universiti bersama
- - Rawatan percuma diberikan kepada pelajar Yarmouk dan sebarang caj bayaran untuk ubat tidak akan dikenakan sekiranya ubat-ubatan tersebut diberikan oleh farmasi di situ sendiri. Sekiranya doktor menyatakan ubatan boleh diperolehi dari farmasi luar,harga ubat tersebut akan ditanggung sendiri oleh pelajar.
- - Waktu operasi :
- Ahad- Khamis : 8.00-4.00 petang
- Sabtu : 8.00 – 2.00 petang
2.Hospital Ibnu Nafees
- - Merupakan hospital panel Universiti Yarmouk.
- - Terletak berdekatan Mujamma’ Amman Jadid.
- - Rawatan yang diberikan akan dikenakan bayaran oleh pihak hospital dan bayaran yang telah dibuat boleh di’claim’ dari pihak universiti. Untuk proses ‘claim’ , resit bayaran perlu dicop oleh pihak hospital dan kemudiannya,resit itu dibawa kepada pihak pengurusan university Yarmouk . Untuk rujukan,bolehlah merujuk kepada Pengerusi Majlis Mahasiswa Yarmouk,saudara Hatta dan juga timbalan beliau,saudari Afifah Hamdan.
- - Waktu operasi :
- 24 jam
Pelajar JUST
1.Markas Sihhi JUST
- - Terletak berdekatan Stadium Madina Hassan
- - Pelajar perlu membawa kad universiti bersama
- - Rawatan percuma diberikan kepada pelajar JUST dan sebarang caj bayaran untuk ubat tidak akan dikenakan sekiranya ubat-ubatan tersebut diberikan oleh farmasi di situ sendiri. Sekiranya doktor menyatakan ubatan boleh diperolehi dari farmasi luar,harga ubat tersebut akan ditanggung sendiri oleh pelajar.
- - Waktu operasi :
- Ahad- Khamis : 8.00-4.00 petang
- Kecemasan : 24 jam
2.Hospital Universiti King Abdullah
- - Hospital universiti bagi Jordan University of Science & Technology.
- - Pelajar perlu membawa kad universiti bersama.
- - Terletak di dalam kawasan Jordan University of Science & Technology.
- - Sebanyak 90% kos rawatan yang diberikan kepada pelajar JUST tidak perlu dibayar,sementara 10% lagi akan ditanggung sendiri. Bagi pelajar tajaan MARA dan JPA,10% tersebut akan dibayar oleh penaja masing-masing.
UMUM
1)Hospital Basmah
- - Hospital kerajaan yang berdekatan
- - Rawatan percuma diberikan sekiranya pelajar menggunakan kad universiti .
- - Kecemasan : 24 jam
2)Difa’ Madani (Jabatan Pertahanan Awam)
- - No telefon : 199
- - Sekiranya berlaku kes pelajar pengsan,bolehlah menghubungi Jabatan Pertahanan Awam untuk perkhidmatan ambulans.
Inilah antara sedikit usaha yang dapat Jawatan Kuasa Kerja Kebajikan & Kebajikan PERMAI 2011/2012 laksanakan dalam memupuk kesedaran di kalangan ahli PERMAI tentang kesihatan diri. Sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan kebajikan dan keselamatan,kami di pihak JKK KK bersedia untuk memberi sebarang pertolongan kepada anda. Ahli PERMAI bolehlah menghubungi Pengerusi JKK KK , saudara Ulya Aqamah Husamuddin (0786935892) ataupun kepada timbalan JKK KK, saudari Nor Sharina Sahak (0777712813).
Sebagai seorang muslim,semestinya selepas kita berusaha,kita meletakkan setinggi-tinggi tawakal kepada Allah azza wa jalla dalam meringankan penderitaan yang ditanggung. Semoga setiap kesakitan yang dialami dapat menjadi ‘peringatan’ timbangan dosa InsyaAllah.
Ayuh renungi sepotong kalam Allah :
وإذا مرضت فهوا يشفين (26:80) –
dan apabila aku sakit , Dialah yang menyembuhkan aku.