A+ A A-

Majlis Konvokesyen Mahasiswa Malaysia SeJordan

Majlis Konvokesyen Mahasiswa Malaysia SeJordan

Majlis Konvokesyen ini adalah merupakan julung-julung kali dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) yang bertujuan untuk meraikan mahasiswa yang berjaya menamatkan pengajian di Jordan. Kecemerlangan ilmu dan prestasi akademik serta kekuatan nilai kemahiran diri adalah aspek penting yang perlu dimiliki oleh setiap mahasiswa sebelum bergelar sebagai seorang siswazah. Aspek-aspek ini boleh diransang dengan pelbagai sumber dan wasilah yang kognitif dan ilmiah. Oleh itu, setelah pelbagai cabaran dan rintangan dihadapai, maka Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) telah merangka dan menyusun sebuah Majlis Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa Cemerlang sebagai suatu simbolik detik indah yang amat dinanti-nantikan oleh setiap mahasiswa amnya dan para graduan khususnya.

Sebagai sebuah badan responsif, majlis yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) ini adalah selaras dengan matlamat organisasi yang telah digariskan dalam melahirkan mahasiswa yang mampu memajukan ilmu pengetahuan dan pembelajaran di peringkat antarabangsa. Disamping itu, ianya turut memberi manfaat kepada para mahasiswa untuk mengukuhkan lagi entiti Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) sendiri.

Sehubungan itu, adalah diharapkan majlis ini mampu menjadi pendorong kepada graduan dan mahasiswa untuk lebih tampil bersemangat serta dapat memberi kebaikan dan kemaslahatan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga perancangan yang direncana oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) untuk sesi 2011/2012 ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan memperoleh keberkatan serta keredhaan Allah s.w.t.

 Nantikan, Majlis Konvokesyen MPPMJ Kali Pertama!

 

Mohammad Hussin bin Mohd Fauzi

Presiden

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan sesi 2011/2012

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Majlis Konvokesyen Mahasiswa Malaysia SeJordan, boleh layari facebook seperti link di bawah. 

Majlis Konvokesyen Mahasiswa Malaysia SeJordan 

Artikel asal di sini

Respons Anda:

Laman Facebook

© MultimediaPERMAI 11/12. All rights reserved.

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel