Pekeliling Rasmi MPPMJ Berhubung Pertubuhan Yang Tidak Berdaftar
Category: Makluman Published on Sunday, 13 November 2011 01:59 Written by MultimediaPERMAI Hits: 214
Assalamualaikum W.B.T
Kepada:
Semua Ahli
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
PEKELILING RASMI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN BERHUBUNG ISU PENUBUHAN ORGANISASI SELAIN PERSATUAN – PERSATUAN YANG BERDAFTAR DI BAWAH EDUCATION MALAYSIA JORDAN
1) Berhubung dengan isu di atas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) telah mendapat laporan tentang kewujudan organisasi/badan yang tidak berdaftar di bawah Education Malaysia Jordan ( EMJ ) dan telah menganjurkan program tanpa kebenaran EMJ mahupun MPPMJ.
2) Sehubungan dengan itu , barisan kepimpinan MPPMJ telah bermesyuarat dengan pihak EMJ dan mencapai kata putus bahawa tiada kebenaran diberikan untuk penubuhan badan-badan atau organisasi selain organisasi – organisasi yang telah berdaftar di bawah Education Malaysia Jordan iaitu Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan ( MPPMJ ), Persatuan-persatuan Zon (PZ) dan Badan-badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).
3) Pihak MPPMJ berpendapat penubuhan MPPMJ, PZ dan BKAN yang berobjektifkan untuk menyatukan semua pelajar Malaysia tanpa mengira latar belakang dan menjaga kebajikan akademik, fizikal serta pembangunan rohani sudah mencukupi tanpa memerlukan penubuhan organisasi lain di Jordan.
4) Sehubungan itu, pihak EMJ dan MPPMJ tidak mengiktiraf kewujudan dan pergerakan organisasi yang tidak berdaftar di bawah EMJ.
5) Oleh itu, pihak MPPMJ berharap semua ahli dapat bersatu di bawah persatuan-persatuan yang telah berdaftar dengan pihak EMJ dan menjadikan persatuan – persatuan tersebut sebagai medan untuk menyumbang tenaga dan bakti, serta mengasah potensi yang ada.
Yang benar ;
Mohammad Hussin Bin Mohd Fauzi
Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan,
Sesi 2011/2012
Artikel asal di sini.