Kenyataan Rasmi Pelantikan Perwakilan PERMAI
Category: Makluman Published on Thursday, 26 April 2012 13:43 Written by MultimediaPERMAI
Kenyataan Rasmi Pelantikan Perwakilan PERMAI
Assalamualaikum.
Selaras dengan perubahan dalam perlembagaan PERMAI berkaitan sistem baru yang akan dilaksanakan dalam Mesyuarat Agung kali ini, iaitu berkaitan sistem perwakilan, maka dengan ini saya sertakan secara rasmi nama-nama perwakilan setiap tahun berdaftar di Universiti Yarmouk dan Jordan University of Science and Technology.
Berikut merupakan nama-nama rasmi perwakilan Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) dari setiap tahun berdaftar.













Last Updated on Thursday, 26 April 2012 14:24
Hits: 203
Surat Makluman AGM
Category: Makluman Published on Thursday, 26 April 2012 13:22 Written by MultimediaPERMAI




Last Updated on Thursday, 26 April 2012 13:35
Hits: 160
MAKLUMAN KEMASKINI PERLEMBAGAAN PERMAI 2012
Category: Makluman Published on Monday, 16 April 2012 20:45 Written by MultimediaPERMAI
Last Updated on Monday, 16 April 2012 21:24
Hits: 186
Adab Bermuraqib.
Category: Makluman Published on Thursday, 26 April 2012 10:24 Written by MultimediaPERMAI
A.ETIKA AKHAWAT
- 1. Sentiasa peka dan cakna pada keadaan sekeliling.
- 2. Elakkan berjalan berseorangan pada waktu malam walaupun sebelum waktu qarar.
- 3. Elakkan dari melalui lorong-lorong yang gelap dan sunyi.
- 4. Berjalan secara berkumpulan ataupun secara bermuraqib pada waktu malam kerana statistik menunjukkan akhawat yang berjalan secara berseorangan seringkali menjadi mangsa perbuatan jahat remaja arab.
- 5. Sekiranya memerlukan muraqib ,maklumkan SEJAM lebih awal kepada wakil JKK KK untuk memudahkan urusan kedua-dua pihak.
- 6. Meminta tolong kepada mana-mana syabab PERMAI yang dijumpai di jalan untuk muraqibkan anda sekiranya khuatir akan keselamatan diri. Dibenarkan untuk berbuat sedemikian sekiranya belum masuk waktu qarar.
- 7. Memaklumkan kepada muraqib terlebih dahulu tempat yang dituju sebelum mula berjalan.
- 8. Mengucapkan terima kasih kepada muraqib apabila sudah sampai ke destinasi.
- 9. Elakkan penggunaan telefon contohnya ber’sms’ ketika dimuraqib bagi memastikan anda 'alert' dengan keadaan sekeliling..
- 10. Memegang sesuatu di tangan sebagai senjata seperti pen,kunci dan lain-lain.
- 11. Kurangkan bercakap dan bergelak ketawa bersama rakan.
- 12. Berjalan pada kadar yang sesuai,tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat.
- 13. Bergerak cermat,beradab & sabar.
- 14. Memberi tambang teksi kepada muraqib sekiranya dirasakan sesuai berdasarkan pertimbangan jarak dan common sense.
- 15. Elakkan melalui jalan-jalan yang sibuk pada hujung minggu.
- 16. Memakai pakaian yang sopan dan memenuhi syara’
- 17. Elakkan keluar dari rumah pada waktu malam pada hari-hari tertentu yang mana kebiasaannya ramai orang arab keluar. Contohnya :
- § Hari pengumuman keputusan ‘taujihi’
- § Hari perlawanan bola sepak
- § Hari pilihanraya
- § Hari raya aidilfiri & aidiladha
B.ETIKA SYABAB
- 1. Sentiasa peka dan cakna pada keadaan sekeliling.
- 2. Memastikan jarak antara akhawat dan muraqib antara 1 hingga 3 meter mengikut kesesuaian keadaan.
- 3. Menegur akhawat dengan baik sekiranya akhawat tersilap.
- 4. Kurangkan bercakap dengan rakan.
- 5. Elakkan penggunaan telefon contohnya ber’sms’ ketika muraqibkan akhawat bagi memastikan anda alert dengan keadaan sekeliling.
- 6. Menawarkan diri untuk menjadikepada akhawat yang dijumpai di jalan sekiranya diperlukan atau dikhuatiri keselamatan akhawat tersebut terancam.
- 7. Bertanya terlebih dahulu tempat yang ingin dituju kepada akhawat yang ingin dimurakib.
- 8. Meninggalkan tempat selepas 5 minit bagi memastikan akhawat telah masuk ke rumah dengan selamatnya.
- 9. Muraqib sehingga ke depan bangunan sahaja. Namun,dibolehkan untuk menghantar akhawat sehingga ke rumahnya di dalam bangunan sekiranya akhawat tersebut meminta untuk berbuat sedemikian atas alasan keselamatan.
- 10. Seeloknya muraqib menyediakan senjata untuk mempertahankan diri.
- 11. Bertindak apabila ada cubaan mengacau dari syabab Arab sama ada dengan memberi salam ataupun menjerit ataupun tindakan-yang dirasakan sesuai yang boleh menyelamatkan akhawat tersebut.
- 12. Kedudukan muraqib boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan. Kebanyakan waktu,muraqib kena berjalan di hadapan contohnya ketika melalui jalan yang penuh dengan orang arab. Dan sebaik-baik kedudukan bagi muraqib adalah ada yang berada di belakang dan ada juga muraqib mengawal dari hadapan.
KEDUDUKAN ASAS MURAQIB:

Jika murraqib 1 orang sahaja, syabab jalan di belakang bagi mudah memantau akhwat, tetapi apabila menghampiri kumpulan arab atau lorong2 gelap, syabab boleh lah mendahului akhwat bagi memastikan keadaan sekeliling selamat.
Kalau murraqib lebih dari 1 orang, (2, 3, 4, 5). seeloknya syabab dipecahkan, ada di depan dan dibelakang supaya keadaan lebih selamat.
Semasa murraqib, kalau akhwat@syabab jalanlambat@cepat, tegur seeloknya. menegur sebagaimana kita hendak ditegur.
Last Updated on Thursday, 26 April 2012 10:28
Hits: 114
Pengumuman Rasmi Pelantikan Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI 2011/2012
Category: Makluman Published on Wednesday, 11 April 2012 20:34 Written by MultimediaPERMAI
Assalamualaikum.
Berikut merupakan senarai rasmi Ahli Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI 2011/2012 yang telah dilantik :
Pengarah
Mohd Danial Bin Mohd Razali @ Busu
Timbalan Pengarah
Noor Farahhannan Abdullah
Setiausaha
Muhamad Ideris bin Othman
Timbalan Setiausaha
Norashikin Mohd Isa
Bendahari
Tuan Ahmad Zulkarnain b Tuan Abd Rahman
Timbalan Bendahari
Fatin Hamidah Mustafa
Unit Pengurusan Calon
Muhammad Mustafa bin Kamarudin
Norfarihin Md Halim
Unit Strategi Dan Saraf
Afdholul Rahman bin Che Ani
Nurwahidah Abdul Rashid
Unit Persiapan
Mohd Alif b Mohamad
Nur Waheedah Sabaruddin
Unit Multimedia Dan Publisiti
Khairul Anuar bin Saad
Siti Mariam Mohd Wadzir
Unit Edaran
Mukhlis nasri
Syahidatul Kamilin Amirudin
Yang menjalankan tugas,
Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa,
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI),
Sesi 2011/2012.
Last Updated on Wednesday, 11 April 2012 20:39
Hits: 281