Pelantikan Panel Kajian Pilihanraya & Panel Kajian Perlembagaan
Category: Kalam Pimpinan Published on Tuesday, 07 February 2012 19:55 Written by MultimediaPERMAI Hits: 585
Assalamualaikum.
Selari dengan salah satu agenda utama PERMAI pada sesi ini iaitu mereformasi pentadbiran, maka PERMAI telah dengan rasminya melantik Panel Kajian Pilihanraya dan Panel Kajian Perlembagaan pada 4 Februari 2011, Sabtu yang lepas.
Pihak Ahli Majlis Tertinggi PERMAI juga telah pun mengadakan perjumpaan dengan panel-panel tersebut serta memberikan taklimat yang berkaitan.
Bagi Panel Kajian Perlembagaan, ahli panel dipilih berdasarkan kredibiliti dan pengalaman mereka dalam persatuan-persatuan di Jordan dan sistemnya, manakala ahli Panel Kajian Pilihanraya pula dipilih dari kalangan mereka yang berpengetahuan atau berpengalaman dalam sistem pilihanraya persatuan.
Berikut merupakan senarai nama ahli Panel Kajian Perlembagaan :
1) Arshad Khalid bin Mohamad Fadhil
Tahun 5, JUST
Pengerusi Panel
2) Muhamad Afiq Muiz bin Arifin
Tahun 5, JUST
3) Ammar bin Ismail
Tahun 4, Universiti Yarmouk
4) Nurlaila binti Alias
Tahun 5, JUST
5) Ummi Syuhairah bt Abdullah
Tahun 4, Universiti Yarmouk
6) Farhanah bt Tajurudin
Tahun 3, JUST
Berikut merupakan senarai nama ahli Panel Kajian Pilihanraya
1) Muhammad Amirul Kamal bin Azih
Tahun 4, Universiti Yarmouk
2) Abdullah bin Mohamad
Tahun 4, JUST
3) Salam bin Abdullah
Tahun 3, JUST
4) Nur Syahida binti Abdul Majid
Tahun 2, JUST
5) Aniss Athirah binti Tarmizi
Graduan Universiti Yarmouk
6) Nur Hamizah binti Md Fuzi
Tahun 4 JUST
Tahniah diucapkan.
Semoga dengan pelantikan mereka ini, dapat membawa sistem pentadbiran PERMAI pada masa akan datang kepada satu transformasi yang lebih segar dan terbaik untuk semua.
PERMAI Paksi Komuniti.
Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa,
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI),
Sesi 2011/2012.