A+ A A-

Ucapan Selamat Pengantin Baru.

 

 

 

Selamat pengantin baru

( Ustaz Syukri dan Ustazah Hayati ) ( Ustaz Ahmad dan Dr Wan Nabilah )


 “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya  dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya  di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih saying dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi  keterangan-keterangan (yang menimbulkan  kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir ”[Ar-Rum: 21]

 

Perkahwinan  adalah  manifestasi  cinta antara pasangan kekasih.Namun ironinya cinta di alam rumah tangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.Ia menagih begitu  banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran.

 

 Setinggi- tinggi ucapan tahniah daripada keluarga  PERMAI  kepada  pasangan  pengantin  baru  Ustaz Ahmad Khairuddin  dan  pasangan  Dr.Wan  Nabilah   bt Wan Jamil yang telah  selamat  diijabkabulkan  pada 23/1/2012 yang lalu. Ustaz Ahmad Khairuddin merupakan pelajar jurusan Syariah di Universiti Yarmouk dan beliau sedang berada di tahun kedua pembelajarannya. Dr Wan Nabilah pula merupakan seorang pelajar perubatan tahun 3 yang cemerlang  di Universiti Science and Technology.


Tidak lupa juga ,setinggi- tinggi ucapan tahniah daripada keluarga  PERMAI  kepada  pasangan  pengantin  baru  yang diraikan,Ustaz  Syukri Ali dan pasangannya, Ustazah  Hayati. Mempelai  telah selamat diijabkabulkan pada 28/1/2012 yang lalu. Ustaz Syukri Ali merupakan pelajar  Universiti Yarmouk tahun ke 3 dalan jurusan Fiqh usul. Manakala, isterinya Ustazah Hayati merupakan graduan dari university yang sama iaitu Universiti Yarmouk. Beliau telah menamatkan pengajiannya pada tahun lepas.


Semoga   Allah memberkati  kamu  dan  melimpahkan  berkat  kepada  kamu.


Selamat  pengantin  baru.Semoga  mereka  diberkatiNya!

Respons Anda:

Laman Facebook

© MultimediaPERMAI 11/12. All rights reserved.

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel