A+ A A-

Ucapan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir

imtihan
Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kita ummat contoh yang berjalan di muka bumi ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW yang telah menjadikan seluruh dunia melihat Islam itu dengan pandangan kasih sayang.

 

Sedar tak sedar, kita sudah hampir ke peperiksaan akhir semester ini. Sungguh kali ini, detik-detik akhir ini mungkin akan dirasa biasa oleh kebanyakan kita, namun pastinya akan dirasa berbeza seribu satu rasa oleh sebahagian dari kita yang bakal menamatkan pengajian mereka pada semester kali ini.

 

Oleh itu pada kesempatan ini, saya mewakili seluruh warga komuniti PERMAI mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya kepada seluruh mahasiswa yang akan menduduki pepriksaan akhir pada semester ini terutamanya mereka yang di tahun akhir sama ada di Universiti Yarmouk atau Jordan University of Science and Technology.

 

Percayalah, bahawa masyarakat di Malaysia sedang menanti anda untuk mengisi ruang-ruang pembaharuan dan perubahan yang bakal digerakkan oleh mahasiswa seperti anda, saya dan kita semua, insya-Allah.

 

Semoga terus menjadi pemacu perubahan komuniti di Malaysia, yang terus membawa kebaikan berpanjangan, dalam bidang kerjaya masing-masing insya-Allah.



Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa,

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI), Sesi 2011/2012.

 

Last Updated on Saturday, 21 April 2012 17:09

Hits: 113

Ucapan Takziah kepada Aliyah Shahirah binti Awang

Ucapan Takziah kepada Aliyah Shahirah binti Awang..

Kematian.suatu kenyataan pasti yang harus kita dengar saban hari. Ianya mengundang pelbagai persepsi dalam memahami dan menyantuni maksud perkataan yang tersirat disebaliknya.Mati merupakan saat pemisah antara dunia nyata dan sementara dengan alam akhirat yang serba misteri namun kekal abadi.

Last Updated on Saturday, 07 April 2012 20:57

Hits: 211

Read more: Ucapan Takziah kepada Aliyah Shahirah binti Awang

Ucapan Takziah kepada Ahmad Syazli Zafri bin Arifin.

Ucapan Takziah kepada Ahmad Syazli Zafri bin Arifin.

Kematian.suatu kenyataan pasti yang harus kita dengar saban hari.Ianya mengundang pelbagai persepsi dalam memahami dan menyantuni maksud perkataan yang tersirat disebaliknya.Mati merupakan saat pemisah antara dunia nyata dan sementara dengan alam akhirat yang serba misteri namun kekal abadi.

Last Updated on Thursday, 15 March 2012 20:08

Hits: 516

Read more: Ucapan Takziah kepada Ahmad Syazli Zafri bin Arifin.

Ucapan takziah kepada Muhammad Reeza



Wahyu Allah di dalam surah yunus ayat 49

049. Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfa`atan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan (nya).

Last Updated on Friday, 06 April 2012 11:16

Hits: 292

Read more: Ucapan takziah kepada Muhammad Reeza

Pelantikan Panel Kajian Pilihanraya & Panel Kajian Perlembagaan


Assalamualaikum.

Selari dengan salah satu agenda utama PERMAI pada sesi ini iaitu mereformasi pentadbiran, maka PERMAI telah dengan rasminya melantik Panel Kajian Pilihanraya dan Panel Kajian Perlembagaan pada 4 Februari 2011, Sabtu yang lepas.

Pihak Ahli Majlis Tertinggi PERMAI juga telah pun mengadakan perjumpaan dengan panel-panel tersebut serta memberikan taklimat yang berkaitan.

Last Updated on Tuesday, 07 February 2012 20:35

Hits: 585

Read more: Pelantikan Panel Kajian Pilihanraya & Panel Kajian Perlembagaan

Respons Anda:

Laman Facebook

© MultimediaPERMAI 11/12. All rights reserved.

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel