Comrade ‘10 {M&M}

Comrade ‘10 {M&M}

wallpaper-1280-x-8005IRBID, 4 Mac 2010 – Rakyat PERMAI kini digemparkan dengan dua berita menyayat hati. Kes pertama berlaku di kawasan sekitar Duwar Qubbah apabila seorang wanita ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu rumahnya. Kejadian disedari oleh ahli rumahnya sendiri, Cik X apabila mendapati kawannya tidak menyahut panggilan walaupun sudah berkali-kali dipanggil. Doktor mendapati wanita tersebut tercekik tulang ayam dan pengsan sejurus selepas itu. Di satu kawasan yang lain pula iaitu di sekitar Hijazi, seorang lelaki meminggirkan diri daripada masyarakat sama ada Melayu mahupun Arab. Hal yang demikian berlaku apabila lelaki tersebut tidak membuka mulut beliau walau sekali sepanjang dua minggu ini. Apabila dibawa ke Markaz Sihhi, doktor mengesahkan beliau mempunyai masalah sakit gusi dan gigi yang melampau sehingga memberi kesan kepada otot di bahagian mulut. – AJK Multimedia dan Percetakan COMRADE ‘10
p/s: Kisah di atas tiada kena-mengena sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Disebarkan untuk diambil pengajaran. 
Mungkinkah perkara tersebut berlaku kepada diri kita? Mahupun rakan-rakan kita? Adik-beradik? Ibu bapa? Masyarakat di sekeliling kita? Mahukah anda?
Jawapan(yang betul*):
Tidak mahu!
Jadi??
Mencegah lebih baik daripada mengubati! Sediakan payung sebelum hujan!
Tindakan yang perlu dilakukan:
Mengikuti program yang dinamakan Carnival of Medicine and Dentistry, COMRADE ‘10. Sasaran kami adalah anda! (Semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia Jordan dan pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia dan MSD)
Senarai aktiviti:
Miniclinic (Medicine)
6 Mac 2010
Sabtu
8.00 pg – 6.00 ptg
Warung Ust Din (Syabab)
Bayt Wiam & Bayt Tibbil Qulub (Akhawat)
Pemeriksaan Kesihatan, Surgical examination, Seminar & Pameran
Mini Clinic (Dentist)
6 Mac 2010
Sabtu
8.00 pg – 5.00 ptg
Bayt Sting Gun (Syabab)
Bayt Tasneem & Bayt Bushra (Akhawat)
Pameran dan Penerangan, Penerangan tentang Kebersihan Mulut & Pemeriksaan Gigi
*Sila bawa berus gigi masing-masing
First Aid Drill
8 Mac 2010
Isnin
6.00 mlm – 9.00 mlm
Gimnasium Universiti Yarmuk
Penerangan tentang ‘Chocking, CardioPulmonary Resuscitation, Fracture, Bleeding & Burning’ oleh senior klinikal
*Sila berpakaian riadhah untuk memudahkan pergerakan
Malam Kemuncak Minggu M&M 2010
10 Mac 2010
Rabu
5.30 mlm – 9.00 mlm
Dewan al-Kindi, Universiti Yarmuk
Forum oleh Ust Soberi bin Awang dan Dr Zainurrashid bin Zainuddin, Tayangan Video & Penyampaian Hadiah
*Butiran program:
1.    Dibawah program Minggu MMJ dan MMY (M&M).
2.    Anjuran bersama Malaysian Student Department (MSD), Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI), Majlis Mahasiswa JUST (MMJ) dan Majlis Mahasiswa Yarmuk  (MMY).
3.    Dengan kerjasama Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ).
4.    Objektif: Mencapai KEFAHAMAN dan KEBERSAMAAN mahasiswa JUST dan Yarmuk, MENGHUBUNGKAIT ilmu agama dan kedoktoran, memberi ruang kepada mahasiswa JUST dan Yarmuk untuk BERKONGSI dan menyedarkan warga JUST dan Yarmuk ke arah menerajui REALITI MASYARAKAT.
5.    Bertemakan ‘Because We Care’.

8 people like this post.