Bersempena dengan pelancaran Kempen Membaca sepanjang cuti semester 1 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kerja ( JKK ) Pembangunan Minda dan Kendiri , Persatuan Mahasiswa Irbid , Jordan ( PERMAI ), Kelab Penulisan PERMAI dan Kelab Kembara PERMAI akan mengadakan beberapa pertandingan untuk memupuk pengamalan budaya membaca dikalangan ahli PERMAI. Antara pertandingan-pertandingan yang di pertandingkan adalah seperti berikut:
1. Sayembara Cerpen Islami PERMAI 09/10
Pengenalan
Bersempena dengan pelancaran Kempen Bulan Membaca sepanjang cuti semester 1 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kerja ( JKK ) Pembangunan Minda dan Kendiri , Persatuan Mahasiswa Irbid , Jordan
( PERMAI ), Kelab Penulisan PERMAI akan menganjurkan Sayembara Cerpen Islami PERMAI 09/10. Pertandingan ini dibuka kepada semua ahli PERMAI bertujuan untuk meningkatkan penghayatan ahli terhadap Islam sebagai cara hidup ,peka terhadap hal ehwal semasa Islam serta meningkatkan kemahiran dalam bidang penulisan.
Objektif
1. Memperkenalkan bidang penulisan sebagai wadah untuk menyampaikan risalah Islam dan pemikiran kritis disamping meningkatkan penghayatan Islam oleh peserta menerusi penulisan cerpen.
2. Menambahkan minat peserta terhadap dunia penulisan Islam khususnya penulisan cerpen.
3. Memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetengahkan minat yang sedia ada ke arah sistem yang lebih tersusun dan mencungkil bakat yang sedia ada.
Syarat Penyertaan
1. Sayembara ini terbuka kepada semua ahli PERMAI.
2. Setiap karya yang dihantar hendaklah bersesuaian serta mencerminkan kemurnian agama Islam itu sendiri. Tiada tema khusus ditetapkan, tetapi cerpen yang berlatarbelakang luar negara amat digalakkan. Karya-karya boleh menyentuh mana-mana aspek perjuangan menegakkan syiar Islam, dakwah dan tarbiyah, kritikan sosial dan sikap umat silam, isu-isu semasa dunia Islam, kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam, keamanan/ kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti Iraq, Palestin, dan sebagainya, sejarah-sejarah Islam, ketamadunan kerajaan-kerajaan Islam silam, dan lain-lain yang bersesuaian, perkembangan/harapan terhadap kemajuan umat Islam di masa hadapan, aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam, dan lain-lain aspek yang berkaitan.
3. Setiap peserta bebas menghantar bilangan cerpen namun hanya satu hadiah sahaja layak dimenangi oleh setiap peserta. Hadiah ditawarkan untuk tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga .
4. Hasil karya hendaklah asli (bukan saduran atau terjemahan), belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharap dapat menarik balik cerpen tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.
5. Keputusan dan penyampaian hadiah akan ditetapkan kemudian.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Februari 2010.
7. Hantarkan penyertaan (cerpen) berserta nama, nama pena (jika ada), emel, jurusan tahun dan Universiti serta no telefon Jordan kepada:
Mujahid Bin Azmi (redlinez2008@yahoo.com)
‘Adnin Binti Ibrahim (adn_eden@yahoo.com)
Biro Pertandingan Kempen Bulan Membaca
Pembangunan Minda & kendiri 09/10
*Anjuran Kelab Penulisan bersempena Kempen Membaca PERMAI 09/10
2. Sayembara Puisi Islami PERMAI 09/10
Pengenalan
Bersempena dengan pelancaran Kempen Membaca sepanjang cuti semester 1 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kerja ( JKK ) Pembangunan Minda dan Kendiri , Persatuan Mahasiswa Irbid , Jordan ( PERMAI ), Kelab Penulisan PERMAI akan menganjurkan Sayembara Puisi Islami PERMAI 09/10. Pertandingan ini dibuka kepada semua ahli PERMAI bertujuan untuk meningkatkan penghayatan ahli terhadap Islam sebagai cara hidup ,peka terhadap hal ehwal semasa Islam serta meningkatkan kemahiran dalam bidang penulisan.
Objektif
1. Memperkenalkan bidang penulisan sebagai wadah untuk menyampaikan risalah Islam dan pemikiran kritis disamping meningkatkan penghayatan Islam oleh peserta menerusi penulisan cerpen.
2. Menambahkan minat peserta terhadap dunia penulisan Islam khususnya penulisan puisi.
3. Memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetengahkan minat yang sedia ada ke arah sistem yang lebih tersusun dan mencungkil bakat yang sedia ada.
Syarat penyertaan
1. Sayembara ini terbuka kepada semua ahli PERMAI.
2. Setiap karya yang dihantar hendaklah bersesuaian serta mencerminkan kemurnian agama Islam itu sendiri. Tiada tema khusus ditetapkan. Karya-karya boleh menyentuh mana-mana aspek perjuangan menegakkan syiar Islam, dakwah dan tarbiyah, kritikan sosial dan sikap umat silam, isu-isu semasa dunia Islam, kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam, keamanan/ kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti Iraq, Palestin, dan sebagainya, sejarah-sejarah Islam, ketamadunan kerajaan-kerajaan Islam silam, dan lain-lain yang bersesuaian, perkembangan/harapan terhadap kemajuan umat Islam di masa hadapan, aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam, dan lain-lain aspek yang berkaitan.
3. Setiap peserta bebas menghantar bilangan puisi namun hanya satu hadiah sahaja layak dimenangi oleh setiap peserta. Hadiah ditawarkan untuk tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga .
4. Hasil karya hendaklah asli (bukan saduran atau terjemahan), belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog atau dimana-mana saluran lain, diharap dapat menarik balik puisi tersebut dari saluran itu sebelum keputusan diumumkan.
5. Keputusan dan penyampaian hadiah akan ditetapkan kemudian.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Februari 2010.
7. Hantarkan penyertaan (puisi) berserta nama, nama pena (jika ada), emel, jurusan tahun dan Universiti serta no telefon Jordan kepada:
Mujahid Bin Azmi (redlinez2008@yahoo.com)
‘Adnin Binti Ibrahim (adn_eden@yahoo.com)
Biro Pertandingan Kempen Bulan Membaca
Pembangunan Minda & kendiri 09/10
*Anjuran Kelab Penulisan bersempena Kempen Membaca PERMAI 09/10
3. Islamic English Writing Competition
Introduction
In conjunction with the Reading Campaign that has been launched for the this semester holiday, by Jawatankuasa Pembangunan Minda dan Kendiri (Mind and Self Development Committee), Malaysian Students Organization of Irbid Jordan (PERMAI); the PERMAI writing club is going to organize an Islamic English Writing Competition PERMAI 09/10. This competition is open to all PERMAI members to increase Islamic awareness and taking Islam as a way of life, as well as to enhance awareness concerning Islamic issues and thus improving writing skills.
Objective
1. To introduce writing as a medium to broaden Islamic views, fresh critical thoughts and ideas. Furthermore enhancing Islamic consciousness among the contestants through their comprehensions.
2.To increase participants’ interest in writing especially in English.
3. To give an opportunity for students to put forward their interest and polish their talents through a systematic standard.
4.To develop better English writing skills.
Conditions of competition
1. This contest is opened to all PERMAI members
2. The essay MUST be in English only.
3. The writings must be considered relevant, while expressing properly the pureness behind the Islamic values presented. There is no specific theme but stories based on overseas background are mostly encouraged. Essays can be influenced by any recent event, whether in struggling issues for Islam, Da’wa and Tarbiyya, Muslim society behaviour and Islamic criticism towards it , Islamic world issues, politics and economics, peace or duress happening in Islamic countries such as Iraq, Palestine and many more, Islamic History, Islamic ancient civilizations, development or desire for Muslim’s future progress, aspects in science and technology that are related to the Muslim community and anything else that is considered relevant.
4. Participants are allowed to send as many essays as they want but may only receive one prize. There will only be the first, second and third winner.
5. Essays MUST be purely original from the writer itself and not a mere translation, published, or extracted from any other medium before this. If the essay has been posted in a blog, please remove it before the winner announcement date.
6. The date for the results and prize-giving ceremony will be announced soon.
7. The closing date is on 12th February 2010
8. Please send your essay with your name, pen name (name to be published), email, study major, current year, university and telephone number kindly to:
Mujahid Bin Azmi (redlinez2008@yahoo.com)
‘Adnin Binti Ibrahim (adn_eden@yahoo.com)
4.Pertandingan Gambar dan Travelog Terbaik
Gambar Terbaik
Syarat Penyertaan
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli Permai.
2. Gambar pemandangan lokasi-lokasi yang anda pergi beserta ‘caption’ yang ringkas.
3. Gambar-gambar tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik Kelab Kembara.
4. Gambar-gambar mestilah tidak berbentuk peribadi.
5. Setiap peserta bebas menghantar bilangan gambar tapi hanya satu hadiah yang layak dimenangi oleh setiap peserta. Hadiah ditawarkan untuk tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Februari 2010.
7. Penyertaan anda hendaklah diserahkan beserta nama penuh, nombor telefon, tahun pengajian dan nama universiti kepada :
1-Syaiful Shafizan Bin Sarip (space_odysey87@yahoo.com.my)
2-Nor Intan Suriani Binti Jusoh (umbrella_1601@yahoo.com)
Travelog Terbaik
Syarat Penyertaan
1. Berkisar tentang jalan cerita pengembaraan.
2. Maklumat yang perlu disertakan ialah:
i) Harga kos pengembaraan (hotel, pengangkutan, cukai, tiket masuk dan lain-lain).
ii) Latar belakang tempat tersebut (sejarah, lokasi dan lain-lain).
3. Maklumat mestilah sekurang-kurangnya dua perenggan untuk satu gambar.
4. Setiap peserta bebas menghantar bilangan travelog tapi hanya satu hadiah yang layak dimenangi oleh setiap peserta. Hadiah yang ditawarkan untuk tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.
5. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Februari 2010.
6. Penyertaan anda hendaklah diserahkan beserta nama penuh, nombor telefon, tahun pengajian dan nama universiti kepada :
1-Syaiful Shafizan Bin Sarip (space_odysey87@yahoo.com.my)
2-Nor Intan Suriani Binti Jusoh (umbrella_1601@yahoo.com)
*Anjuran Kelab Kembara bersempena Kempen Membaca PERMAI 09/10

Like


Waalaikumussalam wbt
Maaf kepada Kembara Jauh
Sayembara Cerpen Islami PERMAI 09/10 hanya boleh disertai oleh ahli PERMAI sahaja seperti yang termaktub dalam syarat penyertaan.
salam.
kalau ahli mantiqah lain nak join sebagai peserta jemputan untuk sayembara cerpen ni boleh x? mungkin lebih meriah?
Walaikumussalam wbt
Terima kasih atas cadangan ahli PERMAI.
Atas permintaan tersebut dan relevannya, kami melanjutkkan masa daripada 12hb/2 kepada 25hb/2.
Syukran atas saranan itu.
Pengarah Kempen Membaca,
Muhammad Sahel Bin Nordin
salam…Pertandingan Gambar dan Travelog Terbaik tu rasanya lebih baik ‘extend’kan tarikh tutup penyertaan…coz 12feb tu ramai yang baru dalam perjalanan pulang ke Jordan…so tak sempat nak susun/tulis/edit travelog n join pertandingan ni…so saya berharap sangat2 kalau boleh tarikh tersebut di’extend’kan seminggu @ 2minggu supaya lebih ramai dapat join pertandingan ini…harap dapat respond…terima kasih…